Sponsor ads: Jom klik2

;

Monday, November 2, 2009

Hilang pendengaran kerana bakteria



Pusat jagaan harian kanak-kanak menjadi faktor utama kepada jangkitan dalam telinga (OME).


KEADAAN telinga penghidap OME yang kronik hingga boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang (kanan sekali).


DEMAM yang tidak berpenghujung, kerap menangis dan tidak dapat tidur menjadikan ibu bapa Aqil gelisah.

Bukan itu sahaja, tahap kesihatan anak mereka yang berusia dua tahun itu semakin merudum sejak dihantar ke pusat jagaan harian kanak-kanak berhampiran pangsapuri mereka.

Setelah berlarutan selama hampir dua minggu dan keadaan tidak bertambah baik, Aqil dibawa berjumpa dengan pakar dan diagnosis dengan segera.

Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan dalam telinga yang disebabkan oleh bakteria.

Jelas Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim, gejala jangkitan ini dikenali sebagai Otitis Media atau jangkitan dalam telinga (OME).

“Bukan perkara luar biasa apabila seorang kanak-kanak berusia di antara dua hingga enam tahun mendapat penyakit ini. Namun, yang membimbangkan ialah ramai ibu bapa yang tidak sedar anak mereka menghidap penyakit ini,” katanya serius.

Bukan sekadar itu, pilihan yang terhad sehingga memaksa kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa.

Tegas Aminuddin lagi, kepadatan bayi dan kanak-kanak serta tahap kebersihan yang tidak dapat dipastikan di pusat jagaan itu menjadi faktor utama dalam penyebaran penyakit ini di kalangan kanak-kanak.

Menjelaskan lebih lanjut, Aminuddin berkata, OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.

Malah OME langsung tiada kaitan dengan telinga luar, tahi telinga atau aktiviti berenang.


OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.


Sambungnya lagi, kanak-kanak mudah mendapat OME selepas demam selesema. Seringkali ia terjadi seminggu selepas demam tersebut.

Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang.

Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan.

“Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga,” kata Aminuddin.




Hilang pendengaran

Menyentuh mengenai kesan penyakit ini, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak yang tidak dirawat dengan segera bakal mengalami masalah pendengaran.

Bukan itu sahaja, kehidupan sosial kanak-kanak OME juga akan terjejas termasuk tahap pembelajaran mereka.

“Kanak-kanak OME cenderung untuk menjadi lebih agresif. Pertuturan mereka juga terjejas dan tahap kesihatan yang sering saja terganggu,” ujar Aminuddin yang membuat kajian penyakit ini beberapa tahun lalu melibatkan seramai 1,097 kanak-kanak prasekolah.

Malahan kanak-kanak OME cenderung mendapat radang otak, jangkitan pada tulang telinga serta mengakibatkan pekak berkekalan.

Bagi merawat OME, lazimnya pemberian antibiotik menjadi pilihan pakar kecuali jangkitan tersebut mencapai tahap kronik.

“Jika keadaan telinga menjadi kronik, pakar akan melakukan pembedahan kecil bagi memasukkan sejenis tiub bagi mengeluarkan cecair yang tersumbat di kawasan dalam telinga tersebut,” ujar Aminuddin.

Tambahnya, tiub tersebut bersifat sementara dan bertujuan menstabilkan tekanan dalam telinga. Selepas tiga hingga empat bulan, tiub itu akan terkeluar dengan sendirinya.

Dalam pada itu, lebih mengejutkan apabila laporan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Otorhinolaryngol Pediatric mendedahkan sebanyak 13.8 peratus kanak-kanak menghidap penyakit ini.


KANAK-KANAK yang dihantar ke pusat jagaan harian lebih mudah dijangkiti.


Justeru, Aminuddin menggesa ibu bapa agar lebih prihatin dalam penjagaan anak-anak mereka terutama yang berumur enam tahun ke bawah.

“Paling utama, pilih pusat jagaan kanak-kanak yang mengutamakan kebersihan, tidak terlalu ramai serta peka terhadap perubahan kesihatan anak.

“Ini penting kerana OME menyerang secara senyap. Tiada simptom khusus kecuali anak mula meragam dan demam berterusan,” kata Aminuddin.

READ MORE - Hilang pendengaran kerana bakteria

Budak 11 tahun jadi ibu






SLIVEN (Bulgaria): Sambil memegang bayinya di depan kamera, pengantin perempuan, Kordeza Zhelyazkov, 11, berkata: “Saya tidak akan bermain anak patung lagi. Saya sudah ada mainan baru.”

Kanak-kanak itu yang belum cukup usia untuk memulakan sekolah menengah menjadi ibu selepas bersalin ketika majlis perkahwinannya dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19, berlangsung.

Kordeza masih berpakaian pengantin ketika tiba di hospital dan melahirkan anak, Soz Violeta yang seberat 2.67 kilogram.

Selepas menghabiskan malam bersama bayinya, Kordeza menyarung semula pakaian pengantinnya untuk meneruskan majlis itu.


Bagi keluarga Zhelyazkova, mereka begitu gembira dengan perkembangan Kordeza, kanak-kanak paling muda pernah melahirkan anak di bandar Sliven.

Menjadi ibu di kalangan gadis berusia 13 tahun adalah perkara biasa di bandar berkenaan.

Selepas meninggalkan hospital minggu lalu, Kordeza yang hamil dua minggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang kesebelas memberitahu akhbar News of The World: “Agak ganjil untuk menjadi ibu dan mempunyai anak.”

“Sebelum ini saya masih bermain dengan anak patung tetapi kini, anak ini adalah mainan baru saya. Dia begitu cantik. Saya sayangkan dia. Saya perlu berubah menjadi dewasa selepas ini. Saya tidak akan ke sekolah lagi. Saya sudah menjadi ibu.”

Kordeza berkenalan dengan Dimitrov di taman pernainan sebuah sekolah masyarakat gipsi Roma di Sliven apabila dia menyelamatkannya daripada sekumpulan pembuli.

Remaja belasan tahun itu yang berdepan dengan hukuman penjara enam tahun kerana mengadakan seks dengan kanak-kanak berkata: “Saya melintasi sekolah itu apabila melihat beberapa budak lelaki mengganggu Kordeza. Saya menyuruh mereka menghentikan perbuatan itu.



“Dia kemudian mengajak saya keluar. Saya menyangka dia berusia 15 tahun. Dia tidak memberitahu saya umurnya sebenar.”

Sambil ketawa, Kordeza berkata: “Saya tidak mahu memberitahunya kerana bimbang dia tidak mahu keluar dengan saya.”

Mereka keluar bersama buat kali pertama di taman berhampiran dan kemudian bertemu di rumah ibu Dimitrov di kawasan setinggan gipsi, tempat kedua-dua mereka membesar.

Kordeza hamil seminggu selepas mereka berkenalan.

“Saya tidak pernah menghadiri kelas pendidikan seks dan saya tidak tahu saya akan hamil.

“Saya tidak pernah mendengar mengenai kondom. Saya tidak tahu yang saya hamil sehinggalah nenek saya melihat badan saya bertambah besar. Saya menyangka saya terlalu banyak makan burger.”

Ketika itu, dia sudah lima bulan hamil dan tinggal bersama neneknya, Dida, 55, kerana ibu bapanya bekerja di ladang anggur di Sepanyol. - Agensi





READ MORE - Budak 11 tahun jadi ibu

Cerita balik dari KL...



Salam sayang aku buat para pembaca, pelawat setia ke blog falcon ini..
Hari ini aku ingin berkongsikan sedikit kisah perjalanan ke kl..sikit jer taw.. mula perjalanan aku merancang nak pergi berdua dengan member seb
ab atas urusan kerja. tapi siot punyer member batal saat2 akhir.

Dengan hati yang cekal dan tabah aku memandu seorang ke kl.dengan tujuan kerja yang sama la. Pada masa yang sama aku ke sana dengan tujua
n untuk mencari ketenangan.Tapi dalam perjalanan kali ini aku dapat mempelajari sesuatu yang tiada ternilai dengan wang ringgit.

Sebenarnya ketenangan yang aku cari sebenarnya ada pada diri aku sendiri. dan pada jiwa2 korang2 jugak. tidak perlu berbelanja tinggi untuk mencari erti sebuah ketenangan dengan membayar ratusan ringgit menyewa hotel2 mewah, di mana2 tempat percutian.

Kerana ketenangan yang sebenar ialah solat dan zikir kita pada ALLAH. bila kita solat dan banyakkan zikir. Ketenangan itu akan datang dengan sendirinya. tanpa perlu mengeluarkan wang yang beribu2..tanpa perlu pergi jauh dari semua orang, tanpa perlu menjadi seorang yang pendiam.

harga sebuah ketenangan terletaknya pada ha
ti dan jiwa kita yang sering mengingati ALLAH. Dengan megerjakan solat dan zikir. Selebihnya lakukan sedekah sekiranya ade rezeki yang lebih. Sedekah bermaksud membelanjakan sedikit wang yang hasil titik peluk kita ke jalan ALLAH. Berikan pada mereka yang memerlukan.contohnya rumah anak yatim..

Semakin kita lupa DIA, dan semakin itulah ALLAH akan melupakan kita. Aku bukan seorang yang alim untuk mendakwahkan sesiapa. ape yang aku tulis kali ini ape yang rasa rasa dan alami. jika pada pandangan korang ape yang aku tulis ini salah,xpe aku faham ..setiap dari kita ade jalan dan fahaman masing2. namun yang penting kita sedar dan akui asal usul serta sejarah hidup kita.

Aku jugak manusia biasa yang tidak akan pernah lari atau lekang dari melakukan kesilapan. Sudah menjadi lumrah di dunia tiada seorang pon yang sempurna. Yang penting kita sentiasa ingat pada ALLAH. itulah ketenangan yang sebenarnya..

Nabi saw bersabda :"Zuhudlah kamu kepada dunia,nescaya kamu akan di cintai manusia.dan zuhudlah kamu kepada perkara yang menjadi kecintaan manusia,nescaya kamu akan di cintai Allah..(hadis riwayat Bukhari)
syukuri nimat yang diberi.. Amalkan doa ini.InsyaALLAH.simpan lah doa ini ye kawan2..

READ MORE - Cerita balik dari KL...
;