Wanita rentung pelakon filem - Dayana mati setahun selepas pemergian adiknya, juga dalam nahas jalan raya
KOTA BHARU - Wan Nurdiyana Mohd. Kamarulzaman (gambar), salah seorang daripada tiga penumpang kereta yang rentung dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Bunut Payung dekat sini awal pagi kelmarin merupakan seorang pelakon filem dan drama.
Wan Nurdiyana, 22, atau dikenali sebagai Dayana pernah membintangi filem Black Maria dan beberapa drama tempatan iaitu Rumah Itu Duniaku, Sumaiyyah, Raya Dengan Tok, Selamat Tinggal Noni, Ayah Kami dan terbaru siri drama popular Matahari.
|
|
Ayah Dayana, Mohd. Kamarulzaman Mohd. Nor, 44, berkata, lebih menyedihkan dua hari lagi genap setahun kematian adik Dayana, Wan Ikmal Hisham yang juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Gua Musang, Kelantan.
"Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut," katanya sayu ketika ditemui di rumah datuk Dayana di Kampung Chempaka di sini kelmarin.
|
|
Menurut beliau, arwah yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.
"Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail berasa sebak dan hairan.
"Itu merupakan petanda yang Dayana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.
Dalam kejadian itu, selain Dayana yang rentung, dua lagi yang terkorban ialah warga Amerika Syarikat yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu, Gonzales Christopher, 25, dan Tengku Samsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah, Kelantan. Christopher dikatakan sedang membuat kajian mengenai belut.
Al-fatihah buat beliau... Salam takziah buat keluarga dayana.Semoga tabah menghadapi. ajal dan maut datang tanpa diberikan amaran.Redha lah pemergiannya..Semoga Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman..
** korang kenal tak dayana ni?? huhuhu aku cam tak pasan la plak...
5 comments:
npe ak xkenal pn die ni pelakon?
dlm matahri die berlakon jd pe eg?
hahaha sory bro aku pon x kenal la... aku pn ngah cuba imbas ingatan nih..
sesiapa yang tahu..tlg story moli jap eh..huhuhu
dayana tu org kelate.. tnggl dkt je ngan rumh aku.. dia bekas isteri naza the times.. aku penah jupe dorang berdua kt kb mall dulu.. lepak2 borak2.. aku ada brgambar ngan bekas suami dia naza the times tu dulu.. x sangka dayana dh pergi.. al-fatihah buatnya..
owh gitu erk mello..ko org kelate upenyer.. keh3.. tp aku still x igt watak die dlm black maria..huhuhu
aak xpnh knal arwah.
tapi alfatihah..
Post a Comment