Sponsor ads: Jom klik2

;

Monday, November 2, 2009

Budak 11 tahun jadi ibu






SLIVEN (Bulgaria): Sambil memegang bayinya di depan kamera, pengantin perempuan, Kordeza Zhelyazkov, 11, berkata: “Saya tidak akan bermain anak patung lagi. Saya sudah ada mainan baru.”

Kanak-kanak itu yang belum cukup usia untuk memulakan sekolah menengah menjadi ibu selepas bersalin ketika majlis perkahwinannya dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19, berlangsung.

Kordeza masih berpakaian pengantin ketika tiba di hospital dan melahirkan anak, Soz Violeta yang seberat 2.67 kilogram.

Selepas menghabiskan malam bersama bayinya, Kordeza menyarung semula pakaian pengantinnya untuk meneruskan majlis itu.


Bagi keluarga Zhelyazkova, mereka begitu gembira dengan perkembangan Kordeza, kanak-kanak paling muda pernah melahirkan anak di bandar Sliven.

Menjadi ibu di kalangan gadis berusia 13 tahun adalah perkara biasa di bandar berkenaan.

Selepas meninggalkan hospital minggu lalu, Kordeza yang hamil dua minggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang kesebelas memberitahu akhbar News of The World: “Agak ganjil untuk menjadi ibu dan mempunyai anak.”

“Sebelum ini saya masih bermain dengan anak patung tetapi kini, anak ini adalah mainan baru saya. Dia begitu cantik. Saya sayangkan dia. Saya perlu berubah menjadi dewasa selepas ini. Saya tidak akan ke sekolah lagi. Saya sudah menjadi ibu.”

Kordeza berkenalan dengan Dimitrov di taman pernainan sebuah sekolah masyarakat gipsi Roma di Sliven apabila dia menyelamatkannya daripada sekumpulan pembuli.

Remaja belasan tahun itu yang berdepan dengan hukuman penjara enam tahun kerana mengadakan seks dengan kanak-kanak berkata: “Saya melintasi sekolah itu apabila melihat beberapa budak lelaki mengganggu Kordeza. Saya menyuruh mereka menghentikan perbuatan itu.



“Dia kemudian mengajak saya keluar. Saya menyangka dia berusia 15 tahun. Dia tidak memberitahu saya umurnya sebenar.”

Sambil ketawa, Kordeza berkata: “Saya tidak mahu memberitahunya kerana bimbang dia tidak mahu keluar dengan saya.”

Mereka keluar bersama buat kali pertama di taman berhampiran dan kemudian bertemu di rumah ibu Dimitrov di kawasan setinggan gipsi, tempat kedua-dua mereka membesar.

Kordeza hamil seminggu selepas mereka berkenalan.

“Saya tidak pernah menghadiri kelas pendidikan seks dan saya tidak tahu saya akan hamil.

“Saya tidak pernah mendengar mengenai kondom. Saya tidak tahu yang saya hamil sehinggalah nenek saya melihat badan saya bertambah besar. Saya menyangka saya terlalu banyak makan burger.”

Ketika itu, dia sudah lima bulan hamil dan tinggal bersama neneknya, Dida, 55, kerana ibu bapanya bekerja di ladang anggur di Sepanyol. - Agensi





3 comments:

juanghidup said...

astaghfirullah...
sblum kahwin da ble wat gtu. pa da jd manusia skrng ni?

Lia3003 said...

merepek je org bukan islam..memalukan je perangai dorang

mama affan said...

hmmm...umur 11 taun dh jd ibu..aku x sanggup..huhu..

;