Sponsor ads: Jom klik2

;

Monday, November 2, 2009

Pemandu bas Kelantan mogok




MOGOK pemandu bas Cityliner melumpuhkan pengangkutan bas antara bandar di Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Beribu-ribu pengguna pengangkutan bas henti-henti di negeri ini terkandas lebih enam jam selepas kira-kira 100 pemandu bas Cityliner Kelantan Berhad mengadakan mogok semalam.

Mogok tersebut diadakan sebagai tanda bantahan mereka ekoran kegagalan pihak pengurusan memperjelas sebab-sebab gaji mereka dipotong sebanyak RM100 sebulan sejak tiga bulan lalu.

Wakil pemandu terbabit, Zulkifli Ismail berkata, pihak pengurusan juga dikatakan tidak mengeluarkan slip gaji sejak Julai lalu.

Berikutan itu, menurutnya, pemandu-pemandu bas syarikat itu menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan mengambil tindakan mengadakan mogok sebagai tanda bantahan.

"Tindakan itu telah menimbulkan keraguan pemandu, kita ingin tahu kenapa gaji kami dipotong sebanyak RM100 sebulan tanpa diperjelaskan alasannya.

"Kami hanya mahukan penjelasan mengapa pihak pengurusan berbuat demikian kerana ia pastinya merosakkan periuk nasi kami," katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo! juga difahamkan mogok di semua stesen bas di Kelantan bermula antara pukul 6 pagi dan berakhir kira-kira 12.30 tengah hari.

Mogok tersebut menyaksikan para pemandu tidak menjalankan tugas masing-masing selepas keluar dari depot bas syarikat terbabit yang terletak di Kubang Kerian.


Ha ini satu lagi berita yang baru falcon baca.. pemandu bas mogok..huhuhu sape lagi nak mogok angkat tangan?? hehehe

semoga segalanya berjalan dengan lancar doa dari falcon..

No comments:

;