Sponsor ads: Jom klik2

;

Wednesday, October 21, 2009

Roslin tuntut bekas isteri bayar ganti rugi perkahwinan RM53,460

Roslin tuntut bekas isteri bayar ganti rugi perkahwinan RM53,460


ROSLIN dan Faezah (kanan)





KUALA LUMPUR - "Apa yang saya terima tidak munasabah, rasa nak ketawa pun ada, tindakan ini seolah-olah tidak bermaruah!"

Tegas Faezah Mohamad, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam berhubung tuntutan ganti rugi perkahwinan yang difailkan bekas suaminya, Muhammad Roslin Hashim, 34, (gambar) berjumlah RM53,460.

Menurut Faezah, tuntutan itu meliputi hantaran perkahwinan sebanyak RM15,000 selain belanja merisik, belanja kenduri kahwin di Kelantan, serta belanja pengangkutan dan penginapan keluarga Roslin sepanjang majlis kahwin di sini.

Sehubungan itu, Faezah menerusi peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin telah memohon satu tarikh sebutan bagi pihaknya memfailkan notis bantahan awal di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Wazeera Ahmad Dahalan.

Beliau yang membuat keputusan di kamarnya kemudian menetapkan 20 November depan bagi defendan memfailkan notis bantahan awal tersebut serta mengemukakan hujahan sokongan.

Mahkamah juga mengarahkan plaintif (Roslin) yang diwakili peguam syarie, Roslizam Rahim supaya menjawab notis bantahan dalam tempoh 14 hari dan menetapkan 11 Disember untuk mendengar hujahan.

Manakala 21 Disember pula ditetapkan untuk keputusan notis bantahan defendan.

No comments:

;